kawan-kawan saya yang manja ^_^

Saturday, September 27, 2014

Ini Tajuk Saya

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :)
setelah lama sangat menyepi, tiba2 rasa nak menaip panjang pula (tapi tk thu la panjang ke tak ni hehe)
So basically, post ni just nak cakap pasal kehidupan aku sepanjang melayari liku2 ( baru je 2 minggu sebenarnya) semasa second year MBBS la hehe..
Secara overall-nya, alhamdulillah semuanya okay tapi agak rumit la block kali ni..
oh ye, block tu kata ganti bagi subject la. nak ajet2 cool, so tempat saya panggil "block" instead of "subject". So bila orang tanya, "kau tgh bljr apa skrg?"  "oh aku sekarang tgh bljr CVS block" 
and untuk pengetahuan para pembaca yang kacak/cantik lagi comel yg sedang membaca artikel (artikel la sgt..puih) .. tempoh pembelajaran satu block (subject) mengambil masa 2/3/4/5 weeks.. depends pada block apa yang kami belajar masa tu.. haaa.. tak paham? 
boleh whatsapp/wechat/telegram kat nombor saya.. tak ada? padan muka. x)

okay, perenggan kedua. So, ekceli atau bahasa steven gerrard it is called as actually. kenapa kena steven gerrard? sebab saya kipas-susah-mati liverpool hehehe.. yeah walapun liverpool skrg tak berapa nak perform kan? takpela. sukatilah nak suka liverpool ke tak. hehe jangan marah ha.. nanti kena jual..

aiyoo.. dah lari tajuk rupanya.. hmm malas la pulak nak back in track balik.. kahkah..
okaylah.. so basically, hmm basically lagi syafiq ni.. 
macam ni la senang, untuk maklumat lanjut tentang kehidupan saya, do pm me. I will answer all your question.. haaa suka? kehkehkeh..

Seterusnya, perenggan terakhir ni khas untuk awak. awak, walaupun awak masih muda (saya pun muda okayyy :P ) tapi I've told you how serious am I towards you kan? :)
So, insyaAllah when the time comes, Allah will unite us together. So, untuk awak (kalau baca post ni), do wait me okay. Belajar betul2 ye. dapatkan result lagi hebat dari saya tau! jangan duk berselfie je manjang haha. Itu sahaja buat masa ini hehe..

Okay, perenggan keempat.
Itu je kot.
Selamat membaca semua!

Assalamualaikum

Friday, April 18, 2014

Everyone is so concern about Musculoskeletal

Assalamualaikum.. Hai semua..m
Tajuk je bahasa inggeris.. Baru nampak stylo sikit bila orang baca.. Ye dak?? Hahaha

Okay.. Based on the title, memang betul la.. Sume sgt risau dgn block MSK. Termasukla aku. 
Tapi apa pun yang kita risaukan, jangan kita anggap kesusahan dan kepayahan tu sebgai satu halangan untuk kita berjaya. 

Personally, i love this MSK block especially the bone parts. But when it comes to muscles, it become more interesting. This block is not only test our memory, but also our physical examination skill. This is because in order to understand more, we cannot just simply read the books or notes or slides given by the lecturers or the internet. Sometimes what we call it as palpation is also needed. That's why i love this block. It makes me love more my body and know better the function of our body medically. Alhamdulillah. Thank you Allah for giving me the opportunity to take this course.

Alamak. Cakap BI bhai. Hahaha.. Kalau ada grammatical error tu, maafkan je la ek. Saya tak hebat BI ni. Time skola dlu pun biasa-biasa je hehe. Alhamdulillah, terima kasih lepada cikgu dan pensyarah yang tak jemu-jemu mengajar anak muridmu ini 😊

Nothing much to say. Cuma mahu mengingatkan diri dan rakan-rakan. 
Anggaplah saru cabaram itu sebagai kunci untuk kejayaan.
SEMAKIN BESAR SESUATU CABARAN, SEMAKIN BESAR KEJAYAAN. INSYAALLAH. 
Jangan berhenti berusaha apatah lagi berdoa. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar akan doa hamba-hambaNya.

Terima kasih kerana sudi membaca post yang tak seberapa ini.
Semoga memberi sedikit input untuk anda semua.
Jazakallahu khairan kathira :)
Assalamualaikum

Thursday, November 7, 2013

End Of Block. General Anatomy, Medical Physiology and MBMN.

Assalamualaikum semua.. :)
pejam celik pejam celik.. da tiga bulan aku dalam tahun satu ni..alhamdulillah..rezeki Allah.. :)
okaylah.. final examination pun da nak dkt da ni..emm perasaan? tipu la kan kalau tak cuak..takut..gementar..tapi takpe.. kita usaha sehabis baik..dan bertawakal kepada yang Maha Esa. 
kalau ada rezeki..ada lah..insyaAllah :)

So basically, sepanjang tiga bulan aku di tahun satu perubatan ni..macam2 yg aku belajar..
banyak benda baru yg aku belajar..alhamdulillah..tu semua hasil tunjuk ajar lecturers dan seniors serta rakan-rakan yg sgt dihormati.. 

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..
final exam pun lagi 2 minggu je.. 2 minggu je lagi...ye 2 minggu je lagi..
persediaan semua setakat ni......................k

Kepada rakan2 yg seangkatan denganku..ceh seangkatan la sgt.. mcm askar je...
tkpe la..betul la tu kan.
pape pun good luck ye semua..do your best guys..
hopefully, all of us will pass this block with flying colours.. insyaAllah

NOTE TO MYSELF : jangan berhenti berusaha..setelah berusaha.. berdoa pada-Nya. InsyaAllah kejayaan akan menjadi milik kita

okaylah..sekadar perkongsian.. ini la antara gambar-gambar sepanjang aku tiga bulan di CUCMS sebagai pelajar degree..maaf la..gambar ni je ada..
sumber : Instagram sendiri hahah..oh nak promote instagram sikit.. hehe
mai sini ye ..INSTAGRAM : ezzatulsyafiq 
mihmihmih..okay la..enjoy the pictures hoho
assalamualaukum..

selamat membaca!
jzkk

Study group bersama kawan-kawan..nak kuiz tk silap time ni :)

First CHET visit with le groupmate :)
Brother Hasan's open house :)
Medical Check Up Event and Aulad at Precint 9, Putrajaya :)


Thursday, July 18, 2013

Foundation 2012 @ Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)

assalamualaikum semua..lama betul ni aku tak update blog ni..so tiba2 ni..pagi ni (8.45 a.m) aku tiba2 terasa nak update pula. update pasal apa?korang tgk tajuk pun rasanya korg da dapat agak pasal apa aku nak update kan? so..rasanya post ni maybe panjang sikit kot..so..harap enjoy la ek.. hehe.. bukan panjang apa...sbb da lama kan tak update..so nak juga la update panjang2 kan hehe :)
tapi cerita mana yang penting je la..lol

so..aku mula dengan tempat tinggal pertama ktorang iaitu???
cyber heights villa 

haa ni la tempat tinggal ktorg mula-mula.. lawa kan? besar la juga..
nak tgk gambar dalam?da hlg la hehehe ni pun aku amek dari internet je..tp ni la tempat tinggal ktorang dulu.. and katanya ktorg la pelajar cucms yg terakhir yang tinggal kat sini apabila dalam sebulan atau dua bulan cam tu ktorg da berpindah......berpindah ke mana?
jeng jeng jeng... 
haaa ni la tempat baru ktorg..jangan terkejut tau..janji???
sat naaa...nak cari jap kat tenet..kot2 ada hehe...


haaa taraaaa...ni la tempat tinggal ktorg skrg :D
kalau korg dpt kecik kan siki mata cam ni  >_<  korang akan nampak ada lagi satu bangunan kat belakang bangunan yg tersergam indah ni...tu la bangunan kaum hawa manakala yg besar gedabak ni bangunan untuk kaum adam..nak tgk bilik?haa ni la bilik nya..kali ni ada..jgn risau hehe..



ada 4 bilik sebenarnya tapi ni je la yang ada hehe...so ni la bilik ktorg skrg  ^_^
and apartment ni kecil sikit daripada cyber heights tadi tapi syukurlah...selesa jugak tinggla kat sini..

cukup la tempat tinggal...skrg ni..nk cerita pasal kawan2 la..ceh..
tkde la cerita semua..pasal classmate okay la kot kan...kalau ada gambar batch..nanti aku upload juga ye..dah jangan nangis :P

so..ni classmates aku..oh ye..aku dulu kelas 7B..kenapa 7B???
kenapa???sebab ktorg batch 7...so sbb tu la 7B...kenapa kelas B??sbb ada kelas 7A...so ktorg kelas 7B la kan?? hehe..


ni classmates aku :)
cuba cari aku yang mana..hehehe

oh yee...tadi aku ada ckp nak tunjuk kan gmbr batch kan?haaa da jumpa daa..fuhh..ni dia....
besar punyaaa haha


ada muka bakal doktor/farmasi tak?hehe..insyaAllah ada la ye :)
ni la batch 7 cucms... kalau nak tahu nama dorang..baca la kat bawah tu ye...kot2 la berkenan lol...tapi rasanya korang tk leh baca kot..haha..maaf la yee...page kecik je ^^ ..
haa.. okay lah..cukup la sampai sini buat masa ni..kalau ada kesempatan..kita jumpa lagi naa..bye

salam
selamat membaca!





Sunday, April 7, 2013

Jodoh



assalamualaikum semua..sihat?
emm belek2 kat facebook tadi tiba ternampak pulak gambar ni..
so..terasa pula nak share..and aku setuju sgt tentang perspektif jodoh ni :)
sesetengah daripada kita kebanyakannya akan berfikiran seperti yang sebelah kiri tu.. (kebayakannya ye..bukan semua ^_^ )
so..suka la aku nak share sikit dan nak perbetulkan sedikit perspektif yang salah tu..
mudah-mudahan gambar di atas dapat clear mind korang tentang jodoh ye..

haha..terasa macam awal sgt pulak nk share pasal jodoh ni..
tapi tkpelah..hehe

cakap pasal jodoh ni..semua mesti nak jodoh yang baik kan..so di sini aku nak share jugak doa supaya kita semua dikurniakan pasangan atau jodoh yang baik..insyaAllah :)

doa dalam bahasa arab..ringkas dan insyaAllah mudah untuk diamalkan :)


 

doa dalam bahasa melayu

sumber : daripada sebuah blog yg sgt indah isinya :)



Bismillahirrahmannirrohim.....


Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku ,pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..
Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati

Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Ya Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju kejalanMu..
Bimbinglah hati kami ,kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Amin ya rabbal alamin


begitulah perkongsian untuk hari ini..sekian..terima kasih
jazzakallah khair kathira ^_^

Monday, March 11, 2013

Terlalu banyak dosaku padaMu Ya Allah

Ya Allah..ampunilah dosa hambu yg sering melakukan dosa ini ya Allah..sesungguhnya aku takut pada seksaanMu yg Allah..terlalu banyal dosa yg telah aku lakukan..sama ada kecil atau besar..kawan2 kalau2 aku ada buat something yg korang tak suka..maaf kan aku ye..aku mohon sangat2..
sebelum tidur.. marilah kita sama-sama menghayati sebuah nasyid yg sgt indah bahasanya dan sangat mendalam maknanya..semoga menjadi pedoman kepada kita semua..aminnn

p/s : korang boleh stop kan lagu yg automatic play tu ye :)



Saturday, January 5, 2013

bye sem 2 hai sem 3 ^^

hai semuaaaaaaaa...amboi...fuhh..lama betul da tk update blog ni..hehe..tak tahu kenapa tak update..perasaan malas dalam diri ni untuk meng-update blog ni makin tinggi menggunung pulak..hehe..so yeah :)

okay..bagi yang tak tahu..skrg ni saya tgh cuti panjang..emm panjang ke..blh la..kira panjang la untuk pelajar foundation cucms hehe..oh ye..tk thu cucms tu apa?haa cucms tu stands for cyberjaya university of medical science.. :) kalau tka tahu jugak..tgk je kat google..konpom ada hiks..

ok..memandangkan cuti sem 2 ni nak abes..perasaan.......tah..haha..sedih la kot..tp bersyukur la...walaupun cuti hanya seminggu tp sgt berbaloi la..dpt la juga bayar tidur ni..
mmg bestlah..cuti ni tidur tidur dan tidur...keluar pun jarang..tak tahu kenapa..

so..lepas ni "sekolah" akan bermula..kami pelajar foundation akan menghadapi semester yg ke-3
wahhh..da ke-3.. :D lepas ni semester 4 and then abes..lepas tu cuti untuk ke degree..wehooo..
ok..excited sorg2 dalam blog..cm org tak siuman kehilangan arah..

pejam celik pejam celik..da nak abes da cuti kan...
saya berharap semester yang ke-3 dan semester-semester yang akan datang menjadi hari2 yg berharga buat saya :)
ceh ayat..first time ni update guna saya awak..rasa nak termuntah pun ada..k tipu je.

okaylah..sampai sini je..kita jumpa di lain post..
salam sayang dari saya..
selamat membaca!