kawan-kawan saya yang manja ^_^

Sunday, April 7, 2013

Jodoh



assalamualaikum semua..sihat?
emm belek2 kat facebook tadi tiba ternampak pulak gambar ni..
so..terasa pula nak share..and aku setuju sgt tentang perspektif jodoh ni :)
sesetengah daripada kita kebanyakannya akan berfikiran seperti yang sebelah kiri tu.. (kebayakannya ye..bukan semua ^_^ )
so..suka la aku nak share sikit dan nak perbetulkan sedikit perspektif yang salah tu..
mudah-mudahan gambar di atas dapat clear mind korang tentang jodoh ye..

haha..terasa macam awal sgt pulak nk share pasal jodoh ni..
tapi tkpelah..hehe

cakap pasal jodoh ni..semua mesti nak jodoh yang baik kan..so di sini aku nak share jugak doa supaya kita semua dikurniakan pasangan atau jodoh yang baik..insyaAllah :)

doa dalam bahasa arab..ringkas dan insyaAllah mudah untuk diamalkan :)


 

doa dalam bahasa melayu

sumber : daripada sebuah blog yg sgt indah isinya :)



Bismillahirrahmannirrohim.....


Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya untuk menujuku ,pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan untuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya..
Ya Rabb,
bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dalam ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dengan hatinya yang sama-sama mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati

Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dengan Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Ya Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama-sama berjemaah untuk tetap menuju kejalanMu..
Bimbinglah hati kami ,kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..Amin ya rabbal alamin


begitulah perkongsian untuk hari ini..sekian..terima kasih
jazzakallah khair kathira ^_^

No comments: